Subhanallah! Bukti fizikal berhubung kes pembunuhan Amat MENGEJUTKAN dan NGERI.

POLIS membawa dua suspek utama kes pembunuhan kejam ke lokasi kejadian berhampiran Plaza Tol Tapah di Tapah, bagi membantu siasatan.

Polis membawa dua suspek utama kes pembunuhan kejam ke lokasi kejadian iaitu di sebuah bengkel kenderaan di Batu 1, Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah di sini, bagi membantu siasatan bermula jam 10 pagi tadi.

Selain kedua-dua suspek, pasukan penyiasat turut mempergiatkan siasatan dengan membawa masuk jengkaut dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian.

Media difahamkan siasatan lanjut itu dilakukan bagi mencari bukti fizikal berhubung kes pembunuhan empat mangsa selain kemungkinan terdapat mangsa lain.

Ketika ini pemeriksaan oleh pasukan penyiasat tertumpu di kawasan sebuah stor di belakang rumah didiami suspek dan di kawasan sungai berhampiran bengkel berkenaan.

JENGKAUT digunakan untuk mencari bukti dalam kes pembunuhan kejam di sebuah bengkel kenderaan.

ANGGOTA Forensik menjalankan siasatan berkaitan kes pembunuhan di sebuah bengkel berhampiran Plaza Tol Tapah, semalam.

0 Response to "Subhanallah! Bukti fizikal berhubung kes pembunuhan Amat MENGEJUTKAN dan NGERI."

Catat Ulasan