Sayu & menyentuh perasaan! "Tak pernah terfikir jadi sebegini"


Itu ungkapan sesuai apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditidurkan ibunya di kaki lima restoran ketika misi bantuan golongan gelandangan oleh Sultan Ahmad Shah (SAS) Outreach dan Pertubuhan Sukarelawan Anak Malaysia, sekitar ibu negara, malam kelmarin.

Siti Noorfazliana Ismail, 32, yang tidak dapat menahan kesedihan meluahkan rasa terharunya mendapat bantuan dalam misi yang dijalankan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-85, baru-baru ini.


“Saya tak pernah terfikir nak jadi macam ini, tidur di tepi jalan sekitar Puduraya. Saya berharap kehidupan selepas ini lebih teratur dan masa depan anak lebih baik daripada apa yang mereka lalui sekarang.

“Terima kasih banyak-banyak tolong saya. Saya sangat terharu dan terkejut menerima bantuan pihak Istana Sultan Pahang,” katanya sambil mendodoikan anak bongsunya Nurfiona Khairisa, 2.




SUKARELAWAN menyusun makanan ke dalam beg dan memasukkannya ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada gelandangan.


SUKARELAWAN membantu mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.


SITI Noorfazliana bersama anaknya, Nurfiona Khairisa yang hidup bergelandangan sekitar Kuala Lumpur.

0 Response to "Sayu & menyentuh perasaan! "Tak pernah terfikir jadi sebegini""

Catat Ulasan