Pengalaman SEDIH Rakan Serumah saat Detik Terakhir Dalam Kereta



Pemergian ke rahmatullah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo pada jam 12.20 pagi semalam amat mengejutkan industri hiburan Malaysia.

Rakan serumah Allahyarham Pak Yus, Wan Sharizon Rahim yang mengenal arwah sejak 20 tahun lalu perasan perubahan sikap arwah yang kurang bercakap sejak akhir-akhir ini tetapi beliau tidak menyangka akan kehilangan sahabatnya itu buat selama-lamanya.

Shahrizon yang berada di sisi arwah Pak Yus ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.


"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

Menurutnya, semalam semasa Yus membuat persembahan terkterakhir dalam pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau dapat lihat Yus seperti termengah-mengah kepenatan.

Selesai sahaja persembahan, Yus minta dihantar pulang ke rumah segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya dipetik BH Online.

Shahrizon menceritakan pertanyaan terakhir beliau kepada Yus tentang pekerjaan yang disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi."

"Namun, sebaik kami melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri."

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Rakannya itu meneritakan, arwah Pak Yus mempunyai penyakit jantung dan kencing manis.

0 Response to "Pengalaman SEDIH Rakan Serumah saat Detik Terakhir Dalam Kereta"

Catat Ulasan