Fakta dari BBC yang mengatakan vape lagi selamat berbanding rokok.




Selebriti Afdlin Shauki telah membuat kenyataan yang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini setelah Kementerian Kesihatan membuat serbuan mengejut ke atas premis dan kedai vape di seluruh negara dan merampas produk.

Bagi Afdlin Shauki, tindakan itu tiada budi bicara. Afdlin juga mempersoalkan dari mana KKM mendapat fakta tentang vape.

Ini komennya:

Just wondering KKM, where are your facts coming from? The cigarette companies?... Fakta korang datang dari mana? Dan kenapa takde budi bicara dan perbincangan sebelum tindakan?...

Awak sekarang nak ex smoker jadi perokok balik ke? Sedangkan rokok 95 peratus lebih bahaya dari vape? Malas buat research ke apa? Or you dengar apa yg you nak dengar sahaja?

Kalau nikotin menjadi isu kenapa tak ban rokok? Kenapa tak ban nikotin patch kenapa tak ban sayur sayuran yg ada nikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi?...

Vaping is most definitely HARM REDUCING according to many scientist and doctors around the world.

Afdlin juga berkongsi fakta dari BBC yang mengatakan vape lagi selamat berbanding rokok.

Sumber: FB Afdlin

0 Response to "Fakta dari BBC yang mengatakan vape lagi selamat berbanding rokok."

Catat Ulasan