Fenomena Gegar Vaganza 2 (GV2) kini sedang melanda Malaysia. Setiap hari Ahad, konsert mingguan GV2 memang dinanti-nanti oleh jutaan pengikutnya. Memang kalah Akademi Fantasia, Mentor dan semua program realiti lain. Minggu lalu menyaksikan Amir Ukays tersingkir selepas nyanyiannya menerusi lagu Yank tidak berjaya mencuri perhatian juri. Secara jujur, bagi admin ia adalah satu keputusan yang tepat.
Untuk makluman, penaja GV2 ialah Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh. Sebagai penaja, Datuk Seri Vida mempunyai kuasa untuk memberikan imuniti kepada peserta yang telah tersingkir. Namun imuniti tersebut hanya boleh diberikan sekali sahaja. Jika imuniti diberikan kepada Amir Ukays, penyanyi tersebut boleh beraksi kembali pada minggu ini. Semestinya Amir Ukays berharap agar Datuk Seri Vida memberikannya imuniti itu. Kata Amir Ukays:-
"Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan. Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersingkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!"
"Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio."
"Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap"
Jika ditanya pendapat admin, lebih baik Datuk Seri Vida menyimpan terlebih dahulu kuasa imunitinya itu. Masih terlalu awal untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir. Kalau nak guna pun, mungkin untuk Haiza, Siti Nordiana atau Farahdhiya. Apa pula pendapat anda? Sama-sama kita saksikan aksi minggu ke 6 Gegar Vaganza 2 Ahad ini.
0 Response to "Amir UKAYS Di Serap Balik Dalam Gegar Vaganza Oleh Datin Vida"
Catat Ulasan