SAYU!! Rempuhan Lori Simen Menyebabkan Suami maut


BALIK PULAU – Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cede­ra parah selepas motosikal ditunggang mereka dan enam lagi kenderaan lain dirempuh sebuah lori simen yang hilang kawalan lalu terbalik di persimpangan Jalan Bukit Lama, Teluk Kumbar di sini semalam.
Insiden kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan mang­sa, Ghazali Man, 67, me­ninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecede­raan parah di seluruh anggota badan.

Selain motosikal mangsa jenis Honda Wave, kenderaan lain yang terlibat ialah dua kereta Perodua Myvi, sebuah Toyota Camry, Proton Wira dan sebuah van.
Dalam kejadian tersebut, enam mangsa termasuk isteri Ghazali yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dilaporkan cedera parah dan dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, lori simen yang dipandu seorang lelaki Melayu itu dikatakan telah hilang kawalan semasa dalam perjalanan dari arah Bayan Lepas ke Balik Pulau sebelum terbalik di jalan berkenaan.











0 Response to "SAYU!! Rempuhan Lori Simen Menyebabkan Suami maut"

Catat Ulasan