Salman Khan membunuh orang dalam kemalangan jalan raya



Hakim sebuah mahkamah tempatan di India pada Rabu mendapati bintang p0pular B0llyw00d, Salman Khan sebagai bersalah kerana membunuh se0rang lelaki pengemis jalanan kira-kira 13 tahun lalu.

Akt0r dengan nama asalnya, Abdul Rashid Salim Salman Khan didapati terlibat dalam satu kemalangan langgar lari yang berlaku pada tahun 2002, dan lebih teruk dia ketika itu memandu pula dalam keadaan amat mabuk.

Hakim DW Deshpande menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas seniman berusia 49 tahun itu kerana melanggar gelandangan itu dengan kenderaan SUVnya di Mumbai dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Salman Khan bagaimanapun menyalahkan pemandu peribadinya kerana nahas itu menyebabkan mangsa yang tidur di tepi jalan di luar kedai bakeri American Express di daerah Bandra maut digilis pada 28 September 2002.

Mahkamah sesyen Mumbai dimaklumkan, kejadian ngeri tersebut turut mengakibatkan tiga 0rang lagi rakan pengemis itu mengalami cedera parah dan pelak0n Hindi berkenaan hanya berjaya didakwa pada 24 Julai 2013.

Berita itu mendapat liputan luas media tempatan kerana kecekapan Salman Khan mengekspl0itasi kelemahan sistem perundangan India memb0lehkan dia beberapa kali dilepaskan walaupun memang jelas dia bersalah.

Ribuan peminatnya termasuk artis-artis berkumpul di luar mahkamah bagi memberi s0k0ngan m0ral dan berd0a ke atas Salman Khan yang telah membintangi lebih 80 filem sejak aktif dalam dunia seni pada 1988 lalu.

Seramai 64 orang saksi dipanggil pihak pendakwa raya selain puluhan bahan bukti termasuk kesan kemekan pada bahagian bampar hadapan kereta T0y0ta Land Cruiserberwarna putih sebagai impak pelanggaran teruk.

Kematian mangsa, N00r Ullah Khan, 38 tahun, dalam tragedi itu bagaimanapun tidak mendapat pembelaan sebaliknya media lebih memperbesarkan nasib filem B0llyw00d sepanjang lima tahun ketiadaan Salman Khan.

Ir0ni, menurut undang-undang jalan raya di India, pesalah kes trafik yang menyebabkan kematian terhadap pejalan kaki b0leh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun sahaja.







0 Response to "Salman Khan membunuh orang dalam kemalangan jalan raya"

Catat Ulasan