Indahnya hidup Fizo Omar bergelar artis, namun tiada siapa tahu duka nestapa yang terpaksa dihadapi. Dalam keghairahan mengejar dan mengecapi nikmat kehidupan Fizo kecundang apabila tanpa pengetahuannya, dia dibebani hutang RM8 juta.
Lebih mengejutkan pinjaman itu tidak pernah dilakukannya.
“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya.
“Semunya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca. Dalam kekalutan itu, saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya temu bual dalam program Nasi Lemak Kopi O.
“Dua tahun dia ajak saya ke program itu, tetapi saya sering beri alasan sibuk. Dugaan itu (hutang) buat saya sedar perlu melakukan sesuatu dan Dr Azizan adalah mentor yang membimbing hingga berjaya seperti hari ini.
“Kes RM8 juta itu masih dalam siasatan, namun kata-kata semangat dan dorongan Dr Azizan buka mata saya untuk melihat masalah sebenarnya peluang untuk mencipta kejayaan dan kehidupan lebih cemerlang,” katanya.
Mensyukuri setiap peluang dan ruang yang dikecapi, Fizo kini setanding pakar motivasi terkenal lain, malah melakar nama sebagai usahawan berjaya.
Bermula dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk pengiklanan.
“Konsep saya ‘memberi’ dan tidak meraih keuntungan pun daripada perniagaan burger itu, namun Allah SWT beri saya rezeki daripada pelbagai sumber. Kini ada 150 gerai Hot Burger di seluruh negara.
“Saya berkongsi resipi kejayaan dengan memberi ceramah motivasi kepada orang ramai. Bagi menambah ilmu di dada, saya turut aktif menghadiri seminar orang lain,” katanya.
Segala pengalaman yang pernah dilalui jejaka berjiwa besar ini diabadikan dalam buku berjudul Fizo Omar yang ditulis Abie Abdullah. Buku itu, baru saja dilancarkan Jumaat lalu dan hanya dijual menerusi dalam talian selain boleh dibeli dalam program seminar anjuran Dr Azizan dan Fizo.
“Buku ini terlalu peribadi buat saya, ia bukanlah biografi penuh tetapi lebih kepada mengupas pahit maung dalam mencari erti sebenar kehidupan.

Saya pernah tewas dengan dugaan hidup sehingga tanya pada diri kenapa semua ini terjadi dan mengapa saya yang kena.
“Bagaimanapun apabila belajar kenapa saya dipilih Allah untuk berdepan dugaan itu, saya rasa sangat bersyukur.

Saya belajar ikhlaskan hati dan memaafkan orang yang pernah menganiaya saya. Alhamdulilah, selepas itu rezeki saya semakin murah.
“Kegagalan peluang untuk memperbaiki diri dan setiap yang berlaku adalah penyebab. Jika saya tidak ditipu, mungkin saya masih berada di takuk lama.
“Kegagalan dalam sesuatu perkara juga membuka pintu rezeki yang lain. Syukur, rezeki yang diperoleh hari ini membolehkan saya membeli kediaman idaman di Country Heights Kajang dan kereta impian,” katanya.
Berikutan sibuk menumpukan perhatian mengembangkan perniagaan, Fizo mengakui kali terakhir muncul dalam drama tiga tahun lalu.
“Bukan saya kata berlakon itu tidak bagus cuma saya kena keluar daripada zon selesa untuk mencari pembaharuan dan sesuatu yang lebih menjamin. Dulu saya senyum saja depan peminat, penganjur bayar saya belasan dan puluhan ribu ringgit, tetapi apabila dugaan datang ia menyedarkan saya daripada lena yang panjang.
“Bayangkan segala harta yang saya cari selama ini terasa tidak bermakna langsung apabila ditipu RM8 juta.

Ibu juga antara penyebab saya melakukan perubahan kerana tidak mahu dia hidup susah dengan saya dan andai kata ibu perlukan rawatan di hospital saya mahu berikan yang terbaik,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan jutawan tudung, Mawar Abdul Karim pada Oktober 2013.
0 Response to "Punca Sebenar Fizo Omar Terpaksa Berhutang Bank Sebanyak 8Juta"
Catat Ulasan