PELAKON NI TAMBAH GHAIRAH BILA FILEM MELAYU TAK LAKU ( 3 GAMBAR )
















Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti tempatan mula berhijrah, terutama wanita berhijab. Kiranya, satu langkah mulia untuk menjadi muslimah sejati.

Tapi untuk kekal berhijab, perlukan satu istiqomah yang kuat dalam diri. Sayangnya, baru-baru ini Cik No dapat tahu ada seorang pelakon wanita kembali buka hijab selepas baru saja berhijrah.

Pelakon juga model dan pemilik syarikat produksi itu dikatakan buka tudung selepas filemnya tak jadi. Betul ke? Itu yang disampaikan teman Cik No.

Katanya, selepas filemnya berdepan masalah, banyak perkara mengenai dirinya turut berubah. Malah dalam laman sosial milik artis itu, dia berani tampil dengan imej seksi ala-ala pelakon Hollywood.

Terkedu juga apabila begitu keadaanya berubah hampir 360 darjah. Mungkin ini satu ujian Allah untuk dirinya, hanya Yang Maha Esa saja yang tahu.

Cik No tidaklah baik sangat tapi kalau sampai macam ini sekali perubahan berlaku pada dirinya, mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Sayanglah sebab ramai kawan Cik No kenal artis itu sebagai seorang yang sopan dan sangat baik. Tapi bila sudah berubah seperti ini, ramai juga kawannya sedikit kecewa.

Betullah orang kata, iman itu tidak dapat dijual beli atau diperturunkan ke anak cucu. Cuma sebagai hamba-Nya, kita kenalah sentiasa berusaha untuk berubah menjadi Muslim sejati dan menunaikan tuntutan Islam.

Buat si artis, Cik No doakan supaya dapat menemui kembali ketenangan dalam diri.


0 Response to "PELAKON NI TAMBAH GHAIRAH BILA FILEM MELAYU TAK LAKU ( 3 GAMBAR )"

Catat Ulasan