Pada jam 8pg, kerja - kerja mengangkat bucket berisi pasir seberat lebih kurang 1.2tan telah dimulakan. Pasir ini digunakan utk kerja mengikat batu di Tingkat 53.
Mangsa bersama 3 lagi rakannya bertugas untuk mengisi pasir ke dalam bucket di L1, zon 2. Ketika kren sedang mengangkat bucket untuk trip ketiga dan menghampiri Tingkat 20 (ketinggian 82 meter) operator terasa sedikit gegaran dan secara tiba tiba bucket terus jatuh ke bawah. Signalman telah memberi arahan supaya pekerja di bawah melarikan diri.
Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan telah dihempap oleh bucket berkenaan. Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut ditempat kejadian dan dibawa ke HKL untuk tujuan bedah siasat.
Satu notis larangan 2A 026016 telah dikeluarkan utk menghentikan operasi kren menara tersebut.
Siasatan awal mendapati punca kejadian berkemungkinan disebabkan oleh hoisting drum tidak beroperasi secara normal semasa kerja mengangkat dijalankan.Siasatan lanjut akan dijalankan untk mengetahui punca sebenar kejadian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "NGERI !! Kemalangan Tragis Kren di Bukit Bintang Awal Pagi"
Catat Ulasan