Gambar Hiasan
Mayat seorang wanita yang dalam perjalanan untuk dikebumikan di sini ditinggalkan ditepi jalan kelmarin selepas ahli kelurga mendiang bergaduh kerana berebut tanah.
Mangsa, Lakshmi meninggal dunia kerana membunuh diri dengan meminum racun selepas bertengkar dengan suaminya. Pertengkaran itu tercetus selepas suaminya, A.Gopala Rao mendesak Lakshmi menuntut tanah bapanya.
Bapa wanita itu enggan menurut permintaan menantunya sekali gus menyebabkan mereka berbalah. Harga tanah di Amravati meningkat mendadak selepas rancangan untuk menjadikan bandar itu ibu negeri baru Andhra Pradesh.
Selepas kematian Lakshmi, keluarga wanita itu mendesak Gopala Rao mendaftarkan tanah dan rumah miliknya atas nama anak-anaknya tetapi tidak dipersetujui lelaki itu.
Perbalahan kedua-dua pihak itu semakin memuncak dan menyebabkan upacara pengebumian Lakshmi tertangguh beberapa hari.
Ketika mayat Lakshmi dibawa untuk dibakar, pertengkaran kembali tercetus menyebabkan ahli keluarganya meninggalkan mayat wanita itu ditepi jalan dan pulang kerumah.
Upacara membakar mayat Lakshmi akhirnya dilakukan saudara maranya yang lain selepas ahli keluarga mendiang masih enggan beralah.
0 Response to " Mayat Ditinggal Tepi Jalan Ketika Dalam Perjalanan Untuk Dikebumikan"
Catat Ulasan