Pada 10 Zulhijah 1435 H, saya menerima panggilan telefon jam 4.30 pagi dari seorang gadis.
"Ummi, saya terberanak."
"Kat mana?"
"Dalam bilik air"
"Bilik air dimana?"
"Rumah saya."
Dalam telefon memang terdengar nyaring suara bayi menangis.
"Siapa ada bersama kamu?"
"Saya sorang sorang."
"Kat rumah takde orang ke?"
"Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu."
"Rumah kamu dimana?"
Gadis itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus kilometre untuk datang segera membantu. Saya berada di Johor Bahru. Kejadian di Kuala Terengganu.
Tak ada cara lain yang spontan untuk dilakukan melainkan saya call 999. Usaha untuk menyelamatkan 2 jiwa. Apabila talian 999 berjawap,
"Ya Pn Liza, ada apa boleh kami bantu."
Uiks...mereka dah simpan nombor saya, apabila saya membuat panggilan menggunakan nombor telefon tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar sebagai pemanggil.
"Ada kes seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air rumahnya. Saya tidak dapat membantu, saya berada di Johor Bahru, sedangkan gadis itu di Kuala Terengganu."
"Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu pulak?"
"Gadis itu telefon saya memaklumkan."
"Baik, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan Hospital Kuala Terengganu dan bercakap dengan mereka."
Setelah saya menerangkan lokasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan nombor telefon, terus paramedik bersama ambulance ke lokasi kejadian. Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital.
Yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib.
Memang tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga lainnya. 2 minggu sebelum ini gadis ini berhubung dengan saya, menceritakan tentang kandungannya dan berhasrat untuk datang berlindung di BaitusSolehah. Namun gadis ini menangguhkan sehingga lepas hari raya aidil adha.
Gadis ini cuma menganggarkan saja usia kandungannya. Ketika itu anggaran usia kandungannya 6 bulan, lebih kurang 26 minggu. Dia menjangkakan selepas hari raya aidil adha baru datang ke Baitus Solehah, ketika usia kandungan memasuki 28 minggu.
Namun jangkaannya silap. Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36 minggu. Cuma bentuk fizikal tidak kelihatan, tidak sesiapa pun ahli keluarga yang menyedari kehamilannya.
Tidak siapa dapat menghalang kehendak Allah. Gadis ini berhasrat merahsiakan tetapi ia terbuka jugà. Taubat yang belum dilakukan, niat yang tidak benar benar bertaubat kerana Allah, maka Allah buka aib dirinya dan maruah keluarga.
Ambulance tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi dengan bunyi siren yang bingit. Kebetulan rumah gadis itu berhampiran surau. Ketika gadis dan bayi diusung masuk ambulance, jemaah surau datang berkerumun disisi ambulance untuk mengetahui kes kecemasan apakah yang berlaku. Siapa sakit? Sakit apa?

Kebetulan orang orang kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun datang menziarahi untuk tahu siapa yang sakit.
Alangkah malunya emak ayah sigadis. Tidak terucap sepatah kata pun ketika ditanya. Ketika paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah terperanjat, ada kes apa ambulance datang subuh subuh ni ke rumah mereka. Siapa yang sakit?
Apabila paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis itu sangat terperanjat.

Mereka pun tidak dapat menjangka siapa, maka segera mereka naik ke tingkat atas menunjukkan bilik air. Dan apabila melihat saja wajah anak bongsu mereka terbaring di bilik air bersama bayi baru lahir di sisinya, terus si emak beristigfar, jatuh pengsan kerana terkejut.
Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan dahulu sebelum ambulance meninggalkan mereka menuju ke hospital.
Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan dahulu sebelum ambulance meninggalkan mereka menuju ke hospital.
0 Response to "Ibu Tidak Sedar Anak Sendiri Terberanak Dalam Bilik Air-Terengganu"
Catat Ulasan