HIBA!! SEBUAH LAGI PESAWAT TELAH HILANG 30 minit SEBELUM PENDARATAN


JAKARTA – INDONESIA . Pihak berkuasa Indonesia menyambung semula pencarian pesawat Twin Otter milik Aviastar Mandiri yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan di provinsi Sulawesi Selatan, kelmarin.

Pesawat itu membawa tiga kru dan tujuh penumpang termasuk tiga kanak-kanak.
Ia hilang hubungan radio kira-kira 30 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat di Makassar.

Sementara itu, Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Henry Bambang Soelistyo memaklumkan pihaknya akan melakukan pencarian pesawat Aviastar tersebut di empat sektor.
“Kami melakukan pencarian berdasarkan empat titik iaitu dari awal Lapangan Terbang Andi Djemma, hubungan terakhir, isyarat ping kotak hitam dan isyarat telefon terakhir,” katanya.

Empat sektor tersebut katanya, berdasarkan peta pencarian Basarnas meliputi wilayah Tana Toraja, Kota Palopo, Enrekang dan Luwu.

0 Response to "HIBA!! SEBUAH LAGI PESAWAT TELAH HILANG 30 minit SEBELUM PENDARATAN"

Catat Ulasan