"Dosa dan pahala saya allah yang tentukan" Nabila Huda
Nampaknya masih tidak berhneti perdebatan di laman sosial Nabila Huda dan baru-baru ini,
pelakon ini sendiri sempat berpesan kepada peminatnya agar bertenang dan berhenti bertekak sesama sendiri.
BACA: Nabila Huda Sedih Sering Dipandang Negatif Dek Kontroversi
Tak suka saya jangan follow. Simple. Dosa dan pahala kan ditentukan oleh Allah swt. Tak kisah la macamana jahat dan teruknya saya di mata anda, yang berhak nilai saya adalah dia, antara kata-kata Nabila menjelaskan situasi di ruangan komen pada akaun Instagram miliknya.
Jika dilihat daripada komen tersebut, Nabila juga menegaskan bahawa dia tidak memegang minuman keras sebaliknya ia dipegang oleh rakan-rakannya. Mungkin sudah lalu dengan perkara tersebut, pelakon ini juga menyatakan dia sentiasa memaafkan mereka yang selalu menghentam dirinya.
Apa yang pasti, perkara sebegini makin dilayan, makin menjadi, dan boleh menyebabkan perkara bertambah besar. Pastinya ramai juga peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada Nabila.
0 Response to ""Dosa dan pahala saya allah yang tentukan" Nabila Huda"
Catat Ulasan