Terbaru, ada pihak yang mendakwa bahawa individu yang dimaksudkan Eina itu sebenarnya Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. Menerusi portal The Rakyat Post hari ini, Datuk Jamal Md Yunos mengakui beliau mengenali Eina kerana terlibat dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan dunia hiburan.
Saya kenal Eina Azman dan pernah bertemu beberapa lagi artis lain. Saya tahu Eina tidak pernah membaut kenyataan sedemikian dan mempercayai ada pihak yang sengaja mengaitkan nama saya dalam kes ini.
Saya menafikan semua dakwaan yang mengaitkan saya dengan Eina Azman. Saya membuat laporan polis ke atas semua dakwaan dan fitnah di laman sosial yang tidak berasas.
Datuk Jamal Md Yunos berkata sedemikian selepas selesai membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Ampang Jaya pagi tadi. Tuduhan itu dipercayai disebar oleh pihak lawan beliau dalam dunia politik.
0 Response to "Datuk Jamal Md Yunos Nafi Cuba Memperkosa Eina Azman"
Catat Ulasan