KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cilik, Farish Danish Akasha Fauzi, 9, meninggal dunia pagi semalam akibat mengidap kanser pundi kencing.
Perkara tersebut disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial, Facebook rasmi mereka, sebentar tadi.
Dalam kenyataan tersebut, PDRM menyatakan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian adik Farish.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.
Sebelum ini, Farish yang menderita penyakit kanser menyatakan hasrat untuk menjadi seorang anggota polis.
Susulan itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Mei lalu telah merealisasikan hasrat Allahyarham menjadi anggota polis.

0 Response to "AlFatihah!! Kesudahan Adik Polis Farish Danish Akasha Fauzi"
Catat Ulasan