62 Jemaah Haji Terkorban Dalam Insiden Di Masjidil Haram



Dalam kejadian itu difahamkan 4 rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan . - Gambar Hiasan

MAKKAH: Sekurang-kurangnya 62 jemaah haji terkorban dalam kejadian membabitkan kren terjatuh di Masjidil Haram, Makkah pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).

Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman twitter mereka berkata, 30 jemaah lain dilaporkan cedera.

Dalam kejadian itu difahamkan empat rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan manakala seorang patah kaki.

Kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram tumbang sebelum menghempap jemaah.

0 Response to "62 Jemaah Haji Terkorban Dalam Insiden Di Masjidil Haram"

Catat Ulasan