TERKEJUT! Jep Sepatu Buat Hal Dengan Datuk AC Mizal


Haish semenjak dua menjak ni banyak pulak kontroversi hangat tentang pelawak, Jep Sepahtu ni.. Sebelum ni gosip Jep mengamuk sebab kalah MLM2014.. Terbaru timbul pulak Jep dan Datuk AC Mizal bergaduh kerana cemburu dengan jumlah peminat..

La sebab jumlah peminat pun nak cemburu jugak ke? Macam tak logik je.. Takut-takut Jep hantar lagi surat cinta kat akhbar yang buat dakwaan ni..hehehe..

Memang sebelum ni ada dakwaan Datuk AC ada bergaduh dengan seorang pelawak tapi nama pelawak tu tak diumumkan.. AC sendiri dah nafikan pasal pergaduhan tu..

Menerusi Pancaindera semalam, Jep dikatakan makan hati dengan AC kerana peminat AC lebih ramai berbanding kelab peminat Jep, setiap kali membuat persembahan di MLM2014..

Secara jujurnya, Miss A rasa kedua-dua pelawak ni adalah nama besar dalam industri hiburan lawak tanah air.. Masing-masing memiliki peminat mereka tersendiri.. Tengok diorang ni pun dah nampak macam adik-beradik..

Takkan lah mereka ni bergaduh disebabkan benda yang remeh.., firasat Miss A memang kuat mengatakan mereka berdua ni tak bergaduh.. Jom kita sama-sama tunggu komen dari AC Mizal dan Jep pulak..

Jangan Jep hantar surat cinta lagi sudah la.. Maklumlah gosip liar tentang dirinya ni makin menjadi-jadi pulak Miss A tengok.. Miss A/UtaraNews.com

0 Response to "TERKEJUT! Jep Sepatu Buat Hal Dengan Datuk AC Mizal"

Catat Ulasan