Gempar! Seorang pengawal keselamatan warga asing ditemui mati tergantung di kawasan tangga sebuah bangunan yang terletak di Kota Laksamana, Melaka.
Melalui ruangan Facebook, Daily Traffic Report, pengendali memuat naik beberapa keping gambar yang dikirimkan oleh suatu sumber.
Menurut informasi yang dipaparkan di ruang sama, individu tersebut dipercayai menggantungkan dirinya sendiri menggunakan seutas tali yang diikat pada pemegang tangga di bahagian atas.
Ramai pengguna meninggalkan pelbagai soalan di ruangan komen tentang tindakan individu tersebut yang mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sedemikian.
Apa-apapun, tanpa mengira kaum, bangsa dan warganegara, insiden sedemikian harus disiasat agar ia tidak berulang di masa hadapan.
0 Response to "Gempar! Pengawal Warga Asing Gantung Diri Di Tangga"
Catat Ulasan