Pelakon Nora Danish yang membintangi filem terbarunya, Gudang Kubur arahan Eyra Rahman mendedahkan dia cuba elak adegan bersentuhan dengan pelakon Faizal Hussein yang turut sama membintangi filem berkenaan.
Dia yang sebelum ini mempunyai pengalaman ditegur isteri artis tidak mahu lagi perkara tersebut berulang kembali.
“Sebenarnya Nora sejak ada pengalaman lepas berlakon Nora trauma sampai nak photoshoot pun Nora tak pegang dia sampai nampak kekekokan itu. Tapi abang Faizal pun buat lawak cakap tak apa, isteri dia okay dan faham kerana kerja”
“Itupun Nora cuba hadkan setelah apa yang berlaku elakkan benda-benda yang berpegangan sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan dan hati mereka.
Jadi bagi Nora, lepas ini kita lebih mainkan hati, cara pandang itu dan pergerakan bahasa badan,” katanya yang ditemui semasa tayangan perdana filem Gudang Kubur kelmarin.
Sementara itu, baru-baru ini putera Nora Danish, Rayqal telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6. Sebagai ibu Nora Danish melihat anak sulungnya itu kini lebih bersikap tanggungjawab dan penyayang kepada ahli keluarga dan saudara.
“Nora pun terkejut sebab dia sudah enam tahun. Dia tak minta benda-benda yang lebih atau di luar kawalan. Alhamdulillah makin dia membesar dia tak minta permainan dan dia sendiri sudah tidak kisah. Di rumah pun mainan sudah banyak”
“Cuma Nora rasa dia membesar menjadi orang yang bertanggungjawab dan penyayang. Mungkin Alhamdulillah doa orang ramai sebab itu kadang-kadang apa yang Nora lalui orang akan bercakap dan itu juga sebagai doa daripada peminat. Dia juga jadi seorang abang yang penyayang, jaga adik-adik, dan saudara-saudara dia,” tambahnya.
SUMBER kamithemedia.blogspot.com

0 Response to "Nora Danish Elak Bersentuhan Dalam Filem, Jaga Hati Bakal Mertua?"
Catat Ulasan