Johan isteri saya pengkritik tetap jozan
Anugerah Meletop ERA 2015, telah melabuhkan tirainya semalam apabila menobatkan pelawak dan penyampai Radio ERA, Johan merangkul Anugerah Utama iaitu TOP TOP MeleTOP di malam Anugerah MeleTOP ERA 2015 yang berlangsung cukup meriah di Stadium Putra Bukit Jalil.
BACA: Johan, Ayda Jebat Mengungguli Anugerah MeleTOP ERA, Bawa Pulang RM10,000
Kemenangan besar buat Johan pada malam AME2015, merupakan rezeki buat diri serta keluarganya yang menjadi sumber bagi dirinya untuk terus berkarya dalam industri hiburan negara.
Saya memang terkejut dan tak menyangkakan langsung saya akan menang pada malam ini. Saya percaya ini adalah rezeki anak dan isteri. Saya bekerja untuk anak dan isteri dan menganggap diri saya sudah tua
Lagipun mungkin ini rezeki orang berkahwin, sebab anda sedang membina masjid iaitu Rumah Allah dan saya percaya itu semua adalah takdir Allah, katanya.
Johan turut menjelaskan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil usahasama isterinya, Ozlyn yang merupakan pengkritik tetap bagi dirinya dalam membuat apa-apa persembahan termasuklah persembahan yang melibatkan Zizan (JOZAN).
Setiap kali saya nak buat persembahan isteri saya akan tengok terlebih dahulu apa yang kurang atau perkara yang perlu ditambah untuk mencantikkan lagi persembahan saya. Begitu juga dengan JOZAN dia (isteri) akan bertindak sebagai pengkritik tetap
Kalau dia (isteri) ketawa maknanya persembahan saya memang betul-betul lawak, kalau dia tak ketawa makna benda yang kami buat itu tak kelakar, katanya. (rtky/hfz)
0 Response to "Johan isteri saya pengkritik tetap jozan"
Catat Ulasan