Selepas menerima kiriman foto pernikahan dan wajah seorang wanita yang didakwa sebagai isteri kedua pelakon Adi Putra, Astro Gempak turut menerima beberapa keping 'screen shot' status seorang individu di laman Facebook.
Foto Nikah, Wajah Isteri Kedua Adi Putra Tersebar
Individu yang didakwa sebagai bekas suami kepada isteri kedua Adi itu dikatakan telah meluahkan perasaan di laman Facebook miliknya.
Menguatkan lagi andaian, Astro Gempak turut menemui sebuah 'posting' berbentuk luahan hati yang ditinggalkan oleh individu sama di laman Facebook Adi Putra.
Sementara itu, Astro Gempak turut menerima dua keping foto yang didakwa sebagai gambar pernikahan Adi bersama wanita itu dalam versi yang lebih jelas.
Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, pelakon filem Suami Aku Ustaz itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu yang berusia 33 tahun baru-baru ini.
Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.
Wanita yang dikatakan berkhidmat sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan itu juga difahamkan menjadi rakan kongsi perniagaan Adi semenjak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.
Namun, isteri Adi, Aida Yusof, 41 tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.
Aida enggan mengulas memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka.
Sementara Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.
Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.
0 Response to "SEBAB INI ADI PUTRA DIKENAKAN DAKWAAN SUAMI DITINGGALKAN ISTERI "
Catat Ulasan