Kanser payudara adalah mimpi ngeri setiap yg bernama wanita.
Subhanallah...tidak tergambar dengan kata-kata melihatkan penderitaan beliau dalam menghadapi penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita ini.
Kisah Puan Noriah Musa ...
ibu muda dari Selama, Perak ... yang menderita kanser payu dara tahap 4 ini menjadi viral di group whatsapp sejak beberapa minggu yg lalu.
Berkesempatan menzirahi beliau....saya dan sahabat sungguh simpati melihat kanser beliau yang ibarat bunga kubis yang terlalu kembang yang masak dan berlubang.
Kanser yg seolah-olah bertenggek di atas payudara itu sudah hampir menutupi kesuluruhan payudara yang asal dan sudah mulai pecah dan mengeluarkan air bisa.
Bayangkan...sehelai pelikat yg diletak di sekelilingnya lencun dengan air bisa dalam tempoh beberapa ketika saja...
Kanser ini dikesan setelah ditahap 4 dan sepatutnya dibedah sebelum merebak namun kerana takut dan kerana masalah kewangan dan kelangsungan menguruskan hidup...
Puan Noriah tidak menjalani pembedahan itu. Dia yang hanya seorang surirumah dan suami pula hanya operator kilang...kini terpaksa hidup berasingan kerana Puan Noriah perlukan penjagaan rapi manakala suami pula harus bekerja demi menyara 4 anak yg masih kecil ( 5 - 11 tahun ).
Beliau terpaksa diletakkan di dalam kelambu untuk mengelakkan lalat yg sudah mula mendekati kerana lelehan bisa yg berbau itu. Setiap kali kesakitan melanda...
Saya lihat Puan Noriah menekup mulutnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya.
Menahan rintihan barangkali...
Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah ke liang lahat..
.Pn Noriah baru sahaja kehilangan ayah yang menjadi tempat dia dan anak-anak menumpang teduh.
Tinggallah ibu yg setia menjaga dan menemani dia .
Justeru itu...saya mewakili keluarga dan sahabatsahabat beliau yang selama ini berusaha untuk membantu beliau..mengharapkan agar ada hati-hati emas dan tangan-tangan keramat di luar sana yang sudi menyumbang untuk memastikan beliau mampu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Setidak-tidaknya..dapat meringankan sikit penderitaan beliau.
Saya juga ingin mengajak semua yg membaca perkongsian saya ini utk sama2 kita panjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T..mudah2an dipermudahkan segala urusan ke atas beliau.
Diangkatkan kesakitan ini dari beliau dan beliau sembuh spt sediakala dgn kekuasaanNya....
nukilan:Pn.Natipah Abu
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE
MAYBANK 158305407004
MOHD ZUBAIERY BIN OTHMAN.
KANSER PAYUDARA..
Inilah rupanya ..sakitnya tak tergambar dengan kata-kata...macam bunga kubis yang terlalu kembang hingga berlubang bertenggek di atas payudara.
Sehelai kain pelikat yang diletak di sekelilingnya lencun dgn lelehan air bisa dalam beberapa ketika saja.
Kesakitannya sehinggakan siempunya tubuh terdiam kaku tanpa sepatah keluhan mahupun rintihan....
Lebih malang...apabila sampai peringkat ini...ianya mulai mengeluarkan bau dan menarik perhatian lalat ...
0 Response to "Noriah Menderita Kanser tahap 4 Menyerupai Bunga Kubis "
Catat Ulasan