Ma seperti sudah tahu, renung kak long lama ANTARA Luahan DAn Gambar TErakhir


Antara gambar terakhir Rohana sempat diambil bersama suaminya,Muhammad Noor. Gambar kecil: Muhammad Hafizan Muhammad Noor

KUALA KRAI - "Ma hanya bawa beg kecil, bila saya tegur, ma cakap begnya dah cukup besar," kata Muhammad Hafizan Muhammad Noor, 26, anak jemaah haji, Rohana Ismail, 54, yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian kren jatuh di Makkah Jumaat lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu hairan melihat bagasi ibunya agak kecil berbanding jemaah lain ketika menghantarnya ke Kelana Jaya, Rabu lalu.

Arwah, kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang akan bersara Februari depan seakan tahu ajalnya kian hampir dengan berperangai pelik tetapi dianggap biasa bagi anak-anaknya kerana Rohana akan meninggalkan mereka dalam tempoh agak lama.

Muhammad Hafizan berkata, ibunya turut merenung kakak sulungnya, Siti Awanis, agak lama sebelum berangkat ke tanah suci sehingga menimbulkan kehairanan.

Namun, ketika itu dia, dan adik beradiknya yang lain tidak menganggapnya perkara luar biasa sehinggalah mendapat berita kehilangan Rohana, Jumaat lalu.

"Ma renung Kak Long agak lama, hingga Kak Long tanya 'kenapa ma renung macam tu'.

"Adik bongsu juga sedar ma turut merenung dia, selain kerap termenung dan agak pendiam kebelakangan ini," katanya yang mengetahui berita kematian ibunya sekitar jam 11.30 malam melalui panggilan telefon bapanya, Muhammad Noor Harun, 56, dari Tanah Suci Makkah.

Biarpun berat menerima ujian itu,Muhammad Hafizan redha dan pasrah dengan kejadian menimpa ibunya malah telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sebaik menerima berita kehilangan Rohana.

0 Response to "Ma seperti sudah tahu, renung kak long lama ANTARA Luahan DAn Gambar TErakhir"

Catat Ulasan