Berikutan tersebarnya gambar di atas ini, beberapa orang anggota Polis dikecam hebat oleh natizen melalui media sosial di atas sikap mereka. Menurut saksi yang mengambil gambar ini, beliau menyalahkan "abang-abang Polis" di Bukit Bintang ini yang telah "POW" duit RM3 hasil dari mengemis lelaki ini.
Lebih teruk lagi, dikatakan mereka turut memecahkan bekal makanan lelaki tersebut hingga bertaburan di atas jalan. Di mana perginya sikap kemanusiaan seorang manusia kepada insan yang kurang bernasib baik seperti Pakcik ini?
Jika benar perkara ini, sesiapa lagi yang menjadi saksi tolonglah tampil untuk membantu siasatan. Mana yang tertuduh juga, boleh jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
0 Response to "ANGGOTA PDRM DIKECAM NATIZEN KERANA RM3 PENGEMIS INI"
Catat Ulasan