Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur.
Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com.
Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada serta ibu mertuanya, Soemarnik Saerah yang dipercayai turut terkorban dalam nahas pesawat itu.
Haruman itu bukan sahaja disedari oleh penduduk kampung, tetapi juga wartawan yang mengunjungi rumah tersebut.
Ramai yang percaya wangian itu ada kaitan dengan kebaikan keluarga ini, apatah lagi mereka juga memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
“Padahal rumah ini baunya biasa-biasa saja sewaktu saya berjumpa dengan Djoko beberapa hari sebelum dia berangkat ke Singapura,” ujar Ketua Rukun Tetangga tempatan, Iswanto.
Menurutnya lagi, keluarga itu sememangnya terkenal kerana cukup ramah dengan jiran tetangga, malah Djoko sendiri kerap bersolat jemaah di masjid.
“Wallahu a’lam, kita doakan Almarhum sekeluarga,” akhiri Iswanto. – MYNEWSHUB.CC
(BACA: Jenazah Grayson, Khairunnisa Dan Kevin Dikenalpasti)
(BACA: Jenazah Grayson, Khairunnisa Dan Kevin Dikenalpasti)
0 Response to "Rumah Mangsa Nahas, Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’"
Catat Ulasan