'TUMPAH DARAH' DI MADINAH Takziah buat Pelakon Abby Abadi serta Suami


ABBY ABADI REDHA, ALAMI KEGUGURAN DI MADINAH




Pelakon Abby Abadi redha selepas mengalami keguguran sebelum masuk untuk menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada Khamis lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abby menerusi akaun Instagram (IG)nya selepas memuatnaik satu foto bersama suaminya semalam (Sabtu) dengan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

“SAYA 'TUMPAH DARAH' DI MADINAH.

“Semalam (khamis, 21hb April 2016). Sy tumpah darah sebelum masuk utk Solat Asar di Masjid Nabawi. Banyak ketulan2 darah keluar, meletup2 sy rasa. Masa tu Alya @eveusun walaupun sudah tak buleh solat, dia rajin nk teman sy. Suami baru je masuk ke dlm masjid waktu ni.

“Sebelum masuk Masjid janji jumpa kt luar (KFC) sbb terasa nk makan KFC semalam. Jadi supaya suami tak mencari, sy ajak Alya duduk dulu disitu walaupun terasa darah dah membuak2 keluar. Selesai Asar, suami keluar lambat sbb dia gi mencari Ma & Abah. Sy beratur dulu di kaunter luar KFC tu sbb ingat nk beli dulu.. tak sabr nk balik. Sampai giliran sy, perempuan dia suruh order kt dlm daaa.

“Tunggu jugaklah suami. Beli bawa balik. Sy jalan dulu sbb nk terburai dah rasa. Bernasib baik tak terbabo sbb dah buat persediaan awal. Satu lagi sy pakai seluar panjang dlm jubah. Jadi darah mengalir di seluar, tak sampai meleleh ke bawah sbb ada stokin di kaki.

“Sampai di hotel, masuk bilik airrrr, penuhhh bilik air dgn darah, huhu.... Lama sy dlm bilik air sbb darah kelur tak berhenti. Penat, suami sampai, kata dah bgtahu Ustaz Rohaizam, dah bgtahu Mutawwif kami, @sofygurronces. Sofy terus uruskan utk hantar sy ke hospital.

“Sy kata taknak gi hospital, nnti kena tahan. Dia kata ok takpe, kita pegi klinik swasta. Sy kata taknak juga nnti kena byr mahaiiiiii ( berkira lagi tu). Sofy kata jangan camtu, nnti esok kalau sakit kat airport, kena tahan lagi susah, tak buleh balik. Sy kata takpelah, biar je sy.. Sy minta ALLAH tolong Sy, tgk malam nnti mcmana.

“Lepas tu darah & ketulan keluar lagi tak berhenti.. 3-4kali sy tukar baju sbb terkena darah, sampai suami pergi ke Masjid utk Maghrib/Isyak, sy sorg2..keluar lagi membuak2 3kali. Sy taktahu nk makan ubat apa, sy minum air zam2 je dgn doa supaya ALLAH sentiasa bersama sy. Pastu sy tertidur.

“Pagi ni, Alhamdullillah sy ok, cuma sakit bawah ari2. Sy kuatkan diri sbb rombongan bertolak balik dah 10am dari hotel pagi ni. Kalau sy sakit terpaksa ditahan di hospital & tak buleh balik. Sy nk balikkk.. rindu anak3,”tulisnya.

Dalam pada itu, Abby juga turut memohon maaf kerana menyembunyikan berita kehamilannya daripada pengetahuan orang ramai.

“ALLAH SWT lebih tahu yg terbaik utk kita. Sy redha atas apa yg berlaku. Mohon ampun dan maaf sbb sblm ni sy berteka teki tentang kandungan sy. Antara sebabnya ialah, takut apa2 terjadi kalau terlalu bercerita dari awal. Jadi ingat nk simpanlah dulu. Maklumkan pada Sahabat2 rapat& Keluarga Umaima je.

“Tapi terjadi juga. InshaALLAH, sy yakin ALLAH ada perancangan yg lebih baik utk sy. Terima Kasih ALLAH utk pengalaman ini,” jelasnya.


Sehingga kini, ruangan komen IGnya dihujani dengan kata-kata semangat daripada pengikutnya dan rata-ratanya meminta supaya Abby tabah menghadapi dugaan yang menimpa selain mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

0 Response to "'TUMPAH DARAH' DI MADINAH Takziah buat Pelakon Abby Abadi serta Suami"

Catat Ulasan