Tahniah!! Pelawak Shahrol Shiro dan Anak dengan 3-kali Lafaz mengakhiri Zaman Duda



PELAWAK dan pengacara, Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Anna Danisha.

Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, dinikahkan dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 26, dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran tepat jam 9.15 Jumaat malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

Dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat, majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung pada 19 Mac dan majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Julai, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.






0 Response to "Tahniah!! Pelawak Shahrol Shiro dan Anak dengan 3-kali Lafaz mengakhiri Zaman Duda"

Catat Ulasan