KOTA TINGGI : Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu tar di Jalan Pintasan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang tiga keris, pagi tadi.
Pasangan suami isteri terbabit, Jamal Ismail, 44 dan Nor Azlizah Mohd Sofian Lew, 31 maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa baharu menghantar dua anaknya di rumah ibu bapa mereka di Taman Laksamana dan dalam perjalanan ke tempat kerja Nor Azlizah di Taman Sri Saujana.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Ahmad Amat berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 9.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera penyelamat, sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan juga sebuah kenderaan utiliti dengan kekuatan 11 anggota.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang datang dari arah Kota Tinggi menghala ke Johor telah bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor di simpang lampu isyarat kawasan tersebut.
“Kereta Perodua Viva tersebut turut diseret sejauh kira-kira 100 meter ke tepi parit jalan dan menyebabkan kereta yang dipandu lelaki Melayu dan dinaiki seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pihak bomba juga mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Manakala pemandu lori yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut,” katanya.
0 Response to "Sayang Mama pergi dulu !! 2 beradik yatim piatu sekelip mata"
Catat Ulasan