Masih ingat ADIK YAYA mangsa dera IBU TIRI yang kini Semakin comel


MASIH INGAT ADIK YAYA MANGSA DERA IBU TIRINI GAMBAR TERKINI DIA

Ini adalah wajah terbaru adik Yaya..adik Yaya semakin sihat…Alhamdulillah.

Semoga adik dapat membesar dengan baik dan menjadi insan yang berbakti kepada agama dan negara apabila besar nanti.



Laporan sebelum ini :-



MAngsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh ibu tiri.




Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.




Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.




“Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.”




Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.




Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya, katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.


0 Response to "Masih ingat ADIK YAYA mangsa dera IBU TIRI yang kini Semakin comel"

Catat Ulasan