Tragedi Kenduri KAHWIN! Bayi Berusia 10 Bulan dan Budak Lelaki 3 Tahun Lemas.


Sehingga 12 tengah malam tadi, seorang lagi mangsa tragedi rakit tenggelam di Sungai Bekok, berhampiran Masjid Jamek Pekan Yong Peng di sini, petang tadi masih belum ditemui.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lana Ismail, 55, akan diteruskan sehingga dia ditemui.

Komander Operasi Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Aizad Mamat berkata, SAR tidak akan ditamatkan dan akan terus berusaha mengesan mangsa terakhir itu.


“Kita harap mangsa dapat ditemui dalam masa terdekat berikutan air sungai yang surut sehingga dua meter berbanding lima meter petang tadi,” katanya.

Terdahulu, mayat anak bongsu Lana, Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, ditemui jam 8.40 malam tadi, kira-kira dua meter dari tempat rakit tenggelam.

Petang tadi, dua beradik, Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan ditemui lemas dalam kejadian 2.30 petang itu.

Enam ahli keluarga mereka terselamat dalam kejadian berkenaan.

0 Response to "Tragedi Kenduri KAHWIN! Bayi Berusia 10 Bulan dan Budak Lelaki 3 Tahun Lemas."

Catat Ulasan