Punca sebenar kejadian kanak-kanak Mati Lemas Di Yong Peng








Dua temas termasuk seorang kanak-kanak di Sungai Bekok, Masjid Jamek, Pekan Yong Peng, Johor. Empat mangsa berjaya diselamatkan.
Kejadian berlaku jam 2.40 petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Yong Peng, lbnul Kasim Ahmad, pihaknya menerima panggilan jam 2.54 petang tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa seorang wanita wanita dipercayai berumur 50an dan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

Punca sebenar kejadian masih datam siasatan.

Dua kanak-kanak lemas di Yong Peng
Dua anak kepada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor mati lemas di Sungai Bekok, bersebelahan Masjid Yong Peng, dekat Batu Pahat kira-kira pukul 3 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin yang berusia 10 bulan lemas semasa menyeberangi sungai bersama-sama lapan lagi ahli keluarga lain menggunakan sebuah rakit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Mender Singh berkata, selain dua maut, enam individu berjaya diselamatkan manakala usaha mencari dua mangsa lagi sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak.

“Mayat dua beradik itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini sebentar tadi.

Rakaman Video tempat kejadian:

0 Response to "Punca sebenar kejadian kanak-kanak Mati Lemas Di Yong Peng"

Catat Ulasan