PULANGKAN ANAK² SAYA IRSYAD & QALESYA! MD.RAZIF BIN MD.YUSOF


12 Disember lalu, viral di media sosial mengenai seorang ibu tunggal yang gigih meneruskan kehidupan setelah dia diceraikan oleh suami, namun tidak diketahui puncanya.

Gambar Dina Nasir atau Siti Nurdina Nasir yang menunggang motosikal dengan anak lelakinya diletakkan di kerusi khas di belakang, manakala anak bongsunya didakap di dadanya itu, menarik perhatian dan simpati dari netizen.

Enggan melihat ke belakang lagi, Dina Nasir yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik itu, meneruskan kehidupan seperti biasa biarpun tanpa dipedulikan oleh bekas suami lagi. Bagaimanapun semalam, dilaporkan dua orang anaknya telah dirampas oleh bekas suami yang berpura-pura mahu membawa mereka ke hospital. Baca selanjutnya di bawah:





Hanya barang-barang serta baju-baju yang tak berbasuh ini sahaja harta yang ibu ada. Masih ada bau masam busuk anak-anak ibu belum mandi. Ibu rindu anak-anak ibu, Irsyad dan Qalesya.

Selepas keluar dari Restoran Upin Ipin, Bandar Tasik Permaisuri, bekas suami telah dapat berjumpa dan melepas rindu dengan kedua-dua anak. Sama seperti hari yang saya usahakan pada 10 Disember 2015 lepas, untuk ketemukan anak-anak dengan ayah mereka.

Selepas usai suap anak-anak makan, disangkakan bawa bersama-sama anak-anak pergi ke HUKM untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan kerana Irsyad selsema, Qalesya selsema dan batuk. Rupa-rupanya satu perangkap. Anak-anak saya dirampas! Saya dibawa paksa, nyaris-nyaris masuk ke bilik kalis bunyi dan nyaris diberikan suntikan. Sedangkan dari awal saya bertanya dengan baik dan tenang apakah tujuan saya diperlakukan sedemikian rupa? Sedangkan saya hanya demam selsema berjangkit dari anak-anak. Hanya dengan izin Allah swt, jua saya dapat meloloskan diri.

Saya dikepung sebegitu rupa serta dilipat lengan sehingga sakit lengan saya. Tidak sesakit secebis hati ini yang terluka, berjalan di tepi jalan di dalam hujan, tanpa kasut kerana kasut sudah tercabut ketika bergelut.


"Mohd Razif bin Mohd Yusof, pulangkan anak-anak saya Irsyad dan Qalesya!"


Seorang bekas suami yang kaki pukul, yang telah banyak kali memukul saya sehingga pernah sampai keguguran. Awak tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak-anak saya.


"Ja'ronah Binti Abd Halim, awak seorang mak yang zalim. Aib di hadapan manusia tidak seaib dosa di hadapan hadrat Allah s.w.t. di akhirat kelak.


"Siti Hamizah Binti Nasir, awak hanya di Manchester, awak tak hadapi keganasan rumahtangga yang kakak alami. Saya sihat, kenapa tuduh saya gila. Saya tak reka cerita yang bahawasanya Razif pukul saya sedangkan ada jiran-jiran yang dengar saya dipukul bekas suami dan saya menangis.


"Keluarga awak pun ramai perempuan, Razif. Saya tidak sakit, Allah s.w.t. kurniakan saya akal fikiran yang waras. Tidak sangka kesemua orang yang rapat di sekeliling saya punya hati rohani haiwan, bukan hati insan yang bersih. Doa saya satu sahaja, mudah-mudahan Allah s.w.t. tunjukkan kebenaran,"


Muhammad Aqil Irsyad, Puteri Qalesya, ibu rindu kamu sayang. Kasih sayang Allah s.w.t. serta kasih sayang ibu sentiasa bersama kalian berdua

0 Response to "PULANGKAN ANAK² SAYA IRSYAD & QALESYA! MD.RAZIF BIN MD.YUSOF"

Catat Ulasan