Isteri Ezany Terpaksa Dedah Aib Suaminya Sendiri Setelah Tidak menahan PENDAM




Selepas lebih setahun diaibkan kononnya dia isteri durhaka dan curang, akhirnya Lizda Nuryanti Abidin membuka mulut dengan mendakwa semua cerita itu hanyalah rekaan suaminya, pelakon Ezany Nizariff.


Kepada saya Lizda, 33, meluahkan panjang lebar punca sebenar kemelut perkahwinannya dengan Ezany sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina pada 1 Julai 2007 itu menanti masa untuk roboh.


Lizda berkata, lebih setahun dia menanggung malu diaibkan suami sendiri kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak namun cerita itu adalah bohong semata-mata.


Malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.


"Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya. Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kersempatan terhadap saya.


"Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku,” ujar Lizda kepada mStar Online memulakan bicaranya.


Lizda kini tinggal bersama ibunya di Tawau, Sabah.




Saat bahagia Ezany dan Lizda. Pasangan berkenaan bernikah pada 1 Julai 2007.
Hasil perkahwinan Lizda dan Ezany, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun).


Kata Lizda, dalam satu insiden dia berjaya melarikan Hayden Harraz yang kini berada dalam jagaannya di Tawau, Sabah dan anak sulung mereka pula dijaga Ezany.


Bagaimanapun Mahkamah Syariah Tawau pada Julai lalu memberikan hak jagaan sementara kedua-dua anak berkenaan kepada Lizda.


Ikuti luahan panjang lebar Lizda yang saya huraikan dalam bentuk soal jawab.


Berdasarkan beberapa laporan media, Ezany mendakwa Lizda curang, lari dari rumah ikut lelaki lain. Sanggup pula tinggalkan anak-anak. Saya nak kepastian cerita ini!


Saya menanggung malu dengan cerita ini. Takkanlah saya nak lari dari rumah sehelai sepinggang? Takkan bodoh sangat saya ni. Kalau nak lari rumah, mesti saya angkut semua barang-barang saya bersama. Kisahnya pada satu hari pada bulan Julai 2014, saya nekad nak balik Sabah. Nak jumpa abang saya untuk ceritakan masalah rumah tangga kami.


Flight saya pukul 7 pagi dan saya perlu keluar rumah awal. Masa nak keluar rumah, Ezany berada di ruang tamu menonton TV. Saya sempat tinggalkan wang RM100 untuk keperluan anak-anak.


Kami memang tak bertegur sapa. Tidur pun bilik asing. Cuma berhubung melalui mesej telefon.


Selepas beberapa hari di Kota Kinabalu iaitu di rumah abang, saya balik ke rumah saya di Serdang (Selangor) seperti biasa tetapi malang sekali rumah sudah ditukar kunci.




Paling menyedihkan, gambar saya ditampal di pondok pengawal keselamatan dengan tujuan untuk melarang saya menjejaki rumah itu. Tetapi saya berjaya menipu pengawal keselamatan apabila saya membuka tudung supaya mereka tidak perasan muka saya untuk masuk ke rumah itu.


Akhirnya saya terpaksa ke Batu Pahat, Johor untuk tumpang berteduh di rumah adik saya selepas gagal masuk ke rumah sendiri.


Pada firasat Lizda, apa tujuan Ezany buat laporan polis mendakwa Lizda lari dari rumah dan ikut lelaki lain?


Saya rasakan dia ada niat tertentu. Dengan tuduhan macam itu, mudah bagi dia untuk mendakwa saya berlaku nusyuz (durhaka) terhadapnya di mahkamah. Cerita itu hanyalah rekaan dia semata-mata.

Apa punca sebenar krisis rumah tangga kamu berdua?

Malam pertama selepas majlis sanding kami di Perlis lagi dia sudah buat perangai. Malam tu saya terbaca mesej di telefonnya yang dikirimkan seseorang. Mesej yang kurang enak untuk saya dedahkan kepada umum tetapi saya tidak ambil hati perkara itu.


Gambar dikirimkan Lizda ini 
memperlihatkan anak keduanya, Hayden Harraz ketika di bawah jagaan Ezany (foto kiri) dan wajah terbaharu.


Namun selepas hal itu macam-macam lagi dia kantoi dengan saya sehinggalah saya pernah jumpa sesuatu dalam begnya serta mesej-mesej lain. Dari situ, mulalah kemelut rumah tangga kami.


Adakah Ezany menjalankan tanggung jawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak?


Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri.




Bisnes belacan? Katanya berjaya?


Bisnes tu saya yang uruskan dari A sampai Z sampailah uli belacan, beli udang di Kuala Selangor pun saya buat. Kita ingat nak hidup sempurna membantu suami tapi suami hanya “jual” muka saja.


Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya. Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan.


Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat. Sampaikan tengah-tengah malam pun sanggup packing belacan dengan pekerja-pekerja. Kursus-kursus di Mardi juga saya yang hadir. Dia tak peduli. Duit minyak saya nak ke sana ke mari buat kerja promosi pun tak diberi kalau tak diminta.

0 Response to "Isteri Ezany Terpaksa Dedah Aib Suaminya Sendiri Setelah Tidak menahan PENDAM"

Catat Ulasan