Warga Emas Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan


Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan |KUCHING ; Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas motorsikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta mewah milik seorang anak orang kenamaan di Jalan Tun Abang Haji Openg petang tadi.
Mangsa, dikenali sebagai Ting Yew Kui, 50 sedang menunggang motorsikal jenis Yamaha dikatakan terpelanting ke arah kawasan perkuburan sebuah gereja berdekatan.
Kedua-dua kenderaan difahamkan menuju ke arah pusat bandar.
Difahamkan pemandu kereta jenis Porsche berkenaan dipercayai melarikan diri kemungkinan ketakutan selepas insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 6 petang.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut pihak polis trafik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian mangsa mengalami pendarahan di kepala sudah tidak bernyawa lagi semasa mereka tiba di lokasi kejadian.
Mengikut kad pengenalan diri yang dijumpai di tempat kejadian, mangsa tinggal di Jalan Brooke Drive,Sibu.
Akibat perlanggaran tersebut, motorsikal yang ditunggang mangsa rosak teruk selepas terbabas ke kawasan gereja manakala kereta mewah berkenaan kemek di bahagian depan selepas melanggar dinding gereja.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis, pemandu kereta yang terbabit belum lagi menyerah diri ke balai.
TImbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt. Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut masih dalam siasatan pihaknya.
SelatanBersatu
Gambar sekitar kejadian Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan langgar penunggang motorsikal









0 Response to "Warga Emas Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan"

Catat Ulasan