TOLONG VIRALKAN! wanita INDON ini telah melarikan BAYI saya'





Tersebar di laman sosial seorang wanita bernama Zaidatul Azni mendakwa bayinya yang baru dilahirkan telah dilarikan oleh seorang wanita warga Indonesia pada waktu Subuh semalam.


"Tolong saya! Saya mohon kawan-kawan tolong sebarkan supaya saya mendapat kembali bayi saya yang telah dilarikan oleh perempuan Indonesia ini pada waktu Subuh tadi. Dia juga telah menipu duit saya selama ini. Laporan polis juga telah dibuat. Hati-hati, jangan ambil wanita ini bekerja dengan anda kerana dia seorang yang licik dan penipu.


"Inilah bayi saya yang dilarikan oleh wanita warga Indonesia itu pagi tadi. Saya dengar dia nak jual budak ini nanti. Tolong viralkan, terima kasih semua," katanya pada 16 jam yang lalu.


Namun begitu, difahamkan bayi yang dilarikan itu adalah bayi kandung wanita warga Indonesia tersebut.


Menurut penjelasan yang tersebar itu, bayi berkenaan adalah anak kepada wanita itu yang mana dia telah membuat perjanjian akan menyerahkan anaknya itu kelak kepada Zaidatul yang masih bujang, serta meminta Zaidatul bersetuju untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat.


"Akak tu dah tanggung semua perbelanjaan dia (ibu bayi) semasa dia bersalin. Apabila sudah selesai semua, si ibu melarikan bayi itu pula," jelas kenyataan itu.


ANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG SENDIRI


Menurut Zaidatul, dia sudah mengambil 5 bayi termasuk yang dilarikan berkenaan.


"Semua anak-anak Indonesia campuran Malaysia yang hendak dikasi sama orang dulu. Bila sudah memubat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan surat sumpah di atas persetujuan ibu bayi, masing-masing saya akan anggap semua anak-anak ini seperti anak kandung sendiri. Tiada istilah anak pungut atau anak angkat.





"Jadi saya memang menanggung segala tempat tinggal, makan minum, perbelanjaan segala-galanya dari tempat tinggal, makan minum, perbelanjaan harian, kelengkapan bayi, top up dan rawatan serta bildi klinik dan hospital sampai ibunya habis berpantang.


"Saya jaga keperluan bayi ini dari dalam perut ibunya lagi. Tetapi bila semua sudah selesai, ibu bayi ini melarikan diri dengan bayinya atas alasan mahu menjual bayi ini dengan harga yang tinggi," katanya.


DIA MERAYU SURUH KITA AMBIL ANAK DIA


Sebelum kejadian di atas berlaku, difahamkan Zaidataul didatangi oleh wanita terbabit untuk meminta bantuan ingin menyerahkan anak mereka dijaga.


"I'm confuse and blur. Ada wanita Indonesia datang ke rumah dengan perut besar duduk dengan kita dah tiga bulan lepas. Dia tak ada permit, tak ada buku merah untuk rekod kesihatan anak-anak dia. Dia merayu-rayu menyuruh kita mengambil anaknya. Disebabkan kasihan, maka kita pun turuti.


"Bila nak recommed pada orang lain, dia tidak mahu pula. Dia kata dia hanya mahu yang kita menjaga anak dia. Bila dihantar ke klinik, semua tolak sebab kandungan sudah besar. Jadi kena face up juga semasa nak melahirkan dia kena tahan seminggu sebab nak menunggu ujian darah.



Gambar Terkini

"Dapat bila, kena dekat RM4,000, tidak termasuk caj-caj lain sebelum itu. Itu pun governent hospital. Bila sudah melahirkan anak, susah pula nak daftar sebab dia tiada buku rawatan. Tak macam anak-anakku yang lain, senang. Tengok dia macam tak tahu jaga anak, sedangkan ini anak yang kelima. Anak dia asyik menangis sahaja. Mana tak nya, dia ajar budak ini berdukung setiap masa, jadi bila kita letak saja mestilah budak ini menangis. Dia tak nak bedung, lepas itu bayi muntah keluar. Di hidung kita nak tolong tetapi dia tidak bagi pegang langsung anak dia, senangkan bayi itu susah nak bernafas sedia tidak terlungkupkan. Tak pun usap-usap badan bayi itu.


"Kita bukan apa, kita takut apa-apa yang terjadi pad abayi itu (sebab dah buat surat sumpah, jadi kita bertanggungjawab,). Dia macam tidak mempercayai kita, tadi hanya dia kalau dia tak nak beri, dia boleh bawa pergi anak dia sekali, apa gunanya nak bagi orang kalau kita tak boleh sentuh anak dia langsung? Pelik!.


"Selepas itu merayu-rayu nak kerja dengan kita. Terus terang dia tidak tahu memasak. Bangun tidur dah nak tengah hari. Asyik duduk saja. So kerja apa yang dia boleh buat? Takkan nak dia nak jaga anak dia saja? Dah tu, 4 orang lagi anakku itu kena jaga 24 jam sendiri. Patut ke bayar gaji pada dia pula? Lagi satu, dia ini suka menipu dan berlakon. Banyak kali sudah terkantaoi. Rasa macam nak buat laporan polis pun ada sebab takut apa-apa terjadi pada anak dia nanti, kita pula yang kena bertanggungjawab pula kan?


"Apa yang patut aku buat ini? Dia macam nak menetap terus dengan kita ini. Pening dengan karenah dia. Kalau rajin tak apalah juga. Ini tidak, tak berguna langsung. Rumah aku dah macam kebajikan masyarakat. Bukan mengutuk tetapi inilah hakikatnya,"

0 Response to "TOLONG VIRALKAN! wanita INDON ini telah melarikan BAYI saya'"

Catat Ulasan