Staff klinik swasta Labis - 'Anak ko dah mati'





‘Anak ko dah nak mati’ – Staff klinik swasta Labis, Johor

LABIS – Seorang bapa kesal dengan tindakan biadab kakitangan sebuah klinik swasta yang beroperasi 24 jam di sini, ketika mendapatkan rawatan untuk anak lelakinya, malam Selasa lalu.

Menurut Rahman Jamal, 31, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, anaknya, Muhammad Aiedy Aierill, 9, tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di rumah mereka dan dia bergegas ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Ketika saya sampai ke klinik tersebut, salah seorang kakitangan wanita yang berada di kaunter memberitahu rakan setugasnya dengan nada sinis bahawa anak saya dah nak mati sekali gus membuatkan saya terkejut.

“Malah, dia juga tak benarkan saya bawa masuk anak ke bilik rawatan kecemasan dengan alasan ada pesakit lain sedang menerima rawatan ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Rahman, mengikut pengetahuannya, terdapat beberapa kes seperti pengsan, serangan jantung dan melecur teruk adalah kes kecemasan yang perlu diberi rawatan segera, terutamanya melibatkan kanan-kanak berbanding sakit biasa seperti demam dan sebagainya.

“Saya panik sebab ini kali pertama anak saya tidak sedarkan diri dan lebih mengejutkan lagi apabila doktor bertugas bertindak menyuruh anak saya berdiri seolah-olah dia sedang tidur, sedangkan ketika itu dia terlalu lemah serta belum sedarkan diri.


“Selang beberapa minit, doktor itu hanya beri surat dan arahkan saya supaya bawa anak ke Hospital Daerah Segamat (HDS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari klinik tersebut, sedangkan saya berharap anak saya diberi rawatan awal ketika itu,”katanya.

Ujarnya lagi, sebaik keluar daripada bilik rawatan, rakan petugas kaunter berkenaan meminta maaf atas perbuatan rakannya itu yang disifatkan tidak sopan.

“Tetapi sebaliknya, rakannya itu tak tunjukkan reaksi bersalah ataupun minta maaf. Sebagai petugas klinik mereka perlu sedar bahawa pesakit mengharapkan layanan serta rawatan memuaskan kerana mereka bukannya mendapatkan rawatan secara percuma.

“Saya harap perkara ini tak berlaku kepada pesakit lain,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun klinik tersebut merupakan klinik swasta, pegawai perubatan dan kakitangannya juga perlu mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya nasihatkan klinik swasta di negeri ini agar berikan perkhidmatan terbaik kerana ia cerminan kepada sikap profesional dan etika kerja sekali gus dapat menjaga imej klinik swasta.

0 Response to "Staff klinik swasta Labis - 'Anak ko dah mati'"

Catat Ulasan