Lelaki 'MELAYU' Patah tulang rusuk dibelasah samseng 'INDIA'

Pergaduhan diatas feri Penang yg sempat dirakamkan oleh seorang jurugambar profesional semalam (minaqjinggo) kebetulan berada di tempat kejadian.

Seorang lelaki melayu dipukul beramai-ramai oleh lelaki-lelaki India. Harap pihak berkuasa segera dapat menahan pesalah yang terlibat dan bawa ke muka pengadilan. Kita hidup di Penang aman damai, tak mau gaduh-gaduh naa..
Apa problem kasi settle elok2.

Patah tulang rusuk dibelasah samseng


Georgetown: Kru feri,38, patah tulang rusuk kiri akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang berkumpul berhampiran pintu dek ketika feri mahu berlabuh di Jeti Pangkalan Raja Tun Uda, di sini, 9.45 malam tadi.

Mangsa sebelum itu menegur kumpulan terbabit supaya memberi laluan kepadanya untuk membuka pintu dek feri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika mangsa menegur mereka, seorang daripada suspek bertindak menolak mangsa dari belakang dan tolakkan itu terkena rakan suspek yang lain.

“Kumpulan lelaki itu kemudian memukul mangsa beramai-ramai menggunakan topi keledar serta tangan.

“Mangsa melarikan diri ke bilik pegawai bertugas namun dia terus dikejar dan dipukul di dalam bilik berkenaan sebelum akhirnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk rawatan. suspek kini masih dikesan," katanya. -OH! GUANA

0 Response to "Lelaki 'MELAYU' Patah tulang rusuk dibelasah samseng 'INDIA'"

Catat Ulasan