BAGI yang mengikut perkembangan artis comel, Emma Maembong menerusi Instagram, pastinya mengetahui pelakon jelita ini bersama ahli keluarga telah melancong ke Paris, Perancis baru-baru ini.
Bagaimanapun, susulan serangan letupan yang berlaku di Paris lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia), sedikit sebanyak mengundang tanda tanya peminat tentang perkhabaran Emma sekeluarga di sana.
Bercakap kepada mStar Online, Emma memberitahu dia berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat menjadi mangsa dalam serangan itu kerana baharu sahaja pulang dari negara itu tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari lalu, malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon yang sering dikaitkan dengan Kamal Adli ini mengakui, dia berasa terkejut dengan serangan berdarah yang berlaku di kota romantis itu.
Emma dan adik-beradiknya iaitu Chacha, Yaya, Ahmad serta abang iparnya Wan Raja melancong ke negara Eropoh selama seminggu sbelum pulang ke tanah air pada Rabu lalu.
Kira-kira lebih 150 telah terbunuh dalam serangan di beberapa lokasi berlainan di Paris, manakala puluhan orang awam yang lain dilaporkan cedera.
0 Response to "GEMPAR! Tragedi serangan Berlaku SAAT Percutian EMMA Sekeluarga di Paris"
Catat Ulasan