Alvin Tan TAMPIL memohon maaf secara terbuka kerana guna Al-Quran Cuci Najisnya
SHAH ALAM SELANGOR: Blogger kontroversi ini, Alvin Tan yang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al-Quran, tampil memohon maaf secara terbuka.
Permohonan maaf itu dimuat naik dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi, dengan turut disertakan serangkap pantun.
"Saya di sini hendak memohon ampun dan maaf daripada seluruh umat Islam Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya atas perbuatan saya yang sangat biadab.
"Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh," tulisnya empat jam lalu.
Di samping ucapan permohonan maaf itu, Alvin turut menulis "Kita masih kawan kan?"
Tidak dapat dipastikan, permohonan maaf itu dibuat sekadar berbentuk sindiran atau tidak.
Alvin semalam memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al Quran, yang dilihat sengaja mengundang kemarahan umat Islam di negara ini, yang kemudiannya menjadi viral di internet.
Perbuatan tersebut bukanlah cubaan kali pertama blogger itu mencari 'publisiti murahan' dengan memuat naik status atau gambar yang bersifat provokatif dan hinaan.
Siri 'hinaannya' bermula apabila memuat naik gambarnya bersama Bak Kut Teh dengan kapsyen 'Selamat berbuka puasa dengan bak kut teh.. wangi enak dan menyelerakan'.
April lalu, beliau sekali lagi bertindak biadap apabila merakam lagu azan bertajuk 'Muslim Call to Prayer-Azan' dengan melaungkan azan berlatarkan alunan piano, sambil tidak berbaju.
Blogger itu kini melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk memohon suaka di negara berkenaan, bagi mengelakkannya dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan ekoran posting berbaur hinaan di laman sosial sebelum itu.
0 Response to "Alvin Tan TAMPIL memohon maaf secara terbuka kerana guna Al-Quran Cuci Najisnya"
Catat Ulasan