Adam Terus Dibuang Ibu Kandung Selepas Dilahirkan Dimuka Bumi Ini
Anak syurga ni bernama Muhammad Adam nazhan..semasa dilahirkan adam adalah seperti bayi normal yg lain. Sejurus selepas dilahirkan dimuka bumi ini ibu kandung adam terus membuangnya dengan memberikan adam kepada org lain. Sedih rasa hati melihat keadaan adam yg masih kecil tidak tahu apa, tapi dibuang oleh ibu kandungnya sendiri.
Diberikan kepada ibu angkat utk menjaga dan membesarkan adam..baru sahaja nak mengenal dunia, adam telah diduga dengan jangkitan kuman pada mata dan tangan..pada mulanya ibu angkat adam telah membawa adam ke hospital dan doktor telah mengesahkan ia hanyalah sakit mata yg biasa. Sehinggalah adam demam teruk, rupanya anak syurga ini telah dijangkiti kuman dlm darah (nama penyakitnya VP Shunt) malah telah merebak ke kepala, mata dan tangan.
Pada ketika itulah bermula detik hitam yg perlu anak syurga ini lalui. Doktor memberitahu bahawa mata adam perlu dibuang sebelah akibat jangkitan kuman yg teruk dan tidak boleh diselamatkan lg. kepalanya di tebuk utk memasukkan tiub bg membolehkan lebihan air dlm kepala dikeluarkan..tangan pula dibedah kerana terdapat jangkitan kuman disitu..ya allah besarnya dugaan adam..
bayi kecil ini terpaksa menanggung kesakitan yg teramat sgt. Selesai melakukan pembedahan adam dibenarkan pulang ke rumah. Disebabkan ibu bapa angkat adam kedua-duanya bekerja. Adam telah dihantar ke rumah pengasuh iaitu sepupu saya.. Nurliyana Ghani yg diamanahkan utk menjaga adam saban hari. Adam dianggap sebagai anak sendiri dan telah mencurahkan sepenuh kasih sygnya kepada adam..suatu hari kami dikejutkan dgn berita ibu angkatnya telah bercerai dengan suaminya..
Disebabkan bengang dan marah kerana telah diceraikan ibu angkat adam telah mengambil keputusan utk menjual adam dgn harga Rm10k!! Ya allah manusia jenis apa yg menjual anak??!! Pengasuhnya telah mempertahankan adam drpd dijual. Berpakat dgn suaminya dan bapa angkat Adam utk membela dan membesarkan adam..Apalah dugaan bayi kecil ini, sudahlah dibuang ibu kandung, diduga dengan penyakit kronik sehingga buta dan sekarang nak dijual oleh ibu angkatnya..Ya allah beratnya dugaan yg kau berikan kepada anak kecil ini. semakin hari keadaan adam semakin teruk.
kepalanya semakin membesar. Ibu asuhanya terpaksa berulang alik dr mentakab ke HKL. Doktor mengesahkan tiub yg di masukkan ke kepala adam tidak berfungsi. Dan pembedahan kedua di tempurung kepala harus dilakukan segera utk mengeluarkan lebihan air di kepala adam..sekarang pembedahan dah pun dijalankan. Akan tetapi adam harus dibawa ke HKL dengan kerap.
Memandangkan Ibu asuhannya tidak bekerja dan suaminya pula hanyalah seorang askar, pendapatan mereka tidak dpt menampung kos perubatan adam, kos pengangkutan utk ulang alik dr Mentakab, Pahang ke Kuala Lumpur. Dengan keadaan adam memang keluar masuk hospital. Sudilah kiranya sahabat2 sekalian membantu anak syurga ini dgn memberikan sumbangan ikhlas kepada adam. Sumbangan saudara saudari sekalian bolehlah disalurkan kepada ibu asuhannya. Detail bank adalah seperti berikut:
no acc: 0510441000009681 BSN-Nurliyana binti Abd Ghani. Sy dengan rasa rendah hati meminta sahabat2 sekalian sharekan kisah adam ni di Fb masing2..Sama2 lah kita bantu anak syurga ini, moga allah bantu kita di kemudian hari..
0 Response to "Adam Terus Dibuang Ibu Kandung Selepas Dilahirkan Dimuka Bumi Ini"
Catat Ulasan