Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama 'Nilai Sebuah Persahabatan Di Bali'






Sebelum ini, Nora Danish sendiri pernah menjelaskan kepada media bahawa hubungan di antara dia dan juga Nedim sudah pun berakhir, namun melalui gambar yang dikongsikan olehnya dan juga pelakon Ashraf Sinclair, ia bagaikan memberi petunjuk bahawa mereka kini berada di satu tempat yang sama.





Umum mengetahui (melalui perkongsian gambar di Instagram) bahawa Nora kini sedang bercuti di Bali dan telah memuatnaik gambar bersama Bunga Citra Lestari yang juga merupakan isteri kepada Ashraf Sinclair.

Lebih menarik lagi, Ashraf juga turut berkongsikan gambar dia dan Nedim di sana. Perkara itu seterusnya menarik perhatian peminat sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Nora dan juga Nedim sedang bercuti bersama.



Bagaimanapun, Nora sebelum itu ada memuatnaik gambar bersama rakannya yang lain dan mungkin juga dia bertembung dengan Nedim di sana secara tidak sengaja dan kebetulan terjumpa pula pasangan Ashraf Sinclair dan isterinya. Manalah kita tahu,kan?

0 Response to "Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama 'Nilai Sebuah Persahabatan Di Bali'"

Catat Ulasan