Al fatihah ! Trauma Kemalangan TRAGIS 3 Sekeluarga Maut Dirempuh Kren



Tiga sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai berdekatan Bukit Belah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang, pemandu, Mohd. Sabri Abdul Rahman, 51, isterinya, Hilwani Hassan, 36, serta anak mereka, Nur Athirah, 13, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan kesemua mang­sa yang tersepit dalam kenderaan.

Pemandu kren berkenaan bagai­manapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Ashraf Ali Kutty berkata, MPV Toyota Avanza dipandu

Mohd. Sabri datang dari arah Kuala Krai menuju ke Kota Bharu.
“Mangsa cuba memotong deretan kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan kren yang datang dari arah bertentangan.

“Pelanggaran itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, mayat mereka dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepupu Mohd. Sabri, Tuan Ruzi Tuan Seng memberitahu, dia bergegas ke Hospital Machang selepas menerima khabar buruk tersebut.

“Mereka bertiga dari Ajil, Terengganu dan dalam perjalanan pulang ke Teluk Jering, Tumpat.
“Saya sukar untuk percaya arwah, isteri dan anak mereka telah meninggal dunia sehinggalah polis menunjukkan kad pengenalan mereka,” katanya.

Gambar sekitarr kemalangan.













0 Response to "Al fatihah ! Trauma Kemalangan TRAGIS 3 Sekeluarga Maut Dirempuh Kren"

Catat Ulasan