KUALA LUMPUR - Imam Masjid Negara mendakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat Jumaat.
Difahamkan, solat yang sedang di rakaat pertama itu, terpaksa dihentikan kerana tindakan lelaki Arab berkenaan.
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat
Jumaat.pic.twitter.com/2M83Vj3vBX— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Lelaki itu turut merampas alat pembesar suara dan mengatakan sesuatu.
"Saya ingatkan dia sambung bacaan itu, saya tengok dia datang terus menampar pipi kanan saya sebelum dia ditahan oleh sekuriti," kata Imam Masjid Negara.
Tindakan lelaki itu mencetuskan kemarahan orang ramai. Bagaimanapun, polis trafik yang berada di lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.
Namun, ketika dalam perjalanan keluar dari bilik pengawal keselamatan, orang ramai sempat menampar belakang kepala lelaki terbabit.
0 Response to "[VIDEO] Penjelasan Imam Negara Punca Berlakunya Kekecohan Solat Jumaat Tadi"
Catat Ulasan