Meskipun ramai sudah mengetahui hubungannya dengan penyanyi Akim Ahmad bukan sekadar teman biasa, Stacy tidak meletakkan harapan tinggi kerana masih belum melangkah ke fasa seterusnya.
Stacy, 25, yang ditemui pada sidang media Ceria Popstar musim ketiga di Damansara, semalam, berkata, dia tidak mahu kisah mereka berdua terlalu dihebahkan kerana buat masa ini mereka masih lagi dalam peringkat berkawan.
"Kami masih lagi berkawan. Belum ke arah fasa yang seterusnya lagi.
"Disebabkan hubungan itu belum betul-betul serius lagi jadi tak perlu rasanya kalau nak bergambar bersama apatah lagi berkongsi gambar kami berdua di laman sosial. Tambahan saya perempuan dan tahu batas saya.
"Lagipun, dia (Akim) yang buka cerita dulu dan apabila sekarang orang asyik bertanya tentang hubungan kami, dia tanggung sendiri.
"Namun, saya tahu dia sekadar menjawab pertanyaan dan mahu berkongsi berita baik itu kepada umum," tuturnya sambil tertawa kecil.
Stacy berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan Akim sejak mereka mula berkawan baik kira-kira 6 tahun lalu.
Pada masa sama, Stacy diminta mengulas faktor perbezaan agama menjadi punca dia berahsia mengenai hubungan mereka,
"Saya tak mahu komen tentang perkara itu kerana ia sensitif. Sama ada betul atau tidak tentang itu, biarlah hanya kami saja yang tahu," katanya.
Sementara itu mengenai pemilihan sebagai tenaga pengajar program realiti kanak-kanak Ceria Popstar, Stacy menyatakan dia bersedia mengalas tanggungjawab itu dan menganggap sebagai rezeki.
Bagaimanapun, dia menolak dakwaan bersikap berat sebelah kerana ada dua daripada tiga peserta di bawah jagaannya berasal dari Sabah.
"Saya cuba mengajar teknik nyanyian berdasarkan pengalaman saya.
"Mungkin ada yang menganggap saya tidak layak mengajar mereka tetapi saya akan menggunakan pendekatan berkongsi pengalaman berdasarkan apa yang saya tahu dan susah senang saya bergelar artis sejak 7 tahun lalu.
"Sunggupun mereka masih kecil tapi saya lihat semua peserta sangat berbakat dan walaupun ada dua peserta bawah jagaan saya berasal dari Sabah, saya tidak akan pilih kasih. Saya akan layan mereka sama rata," katanya.
Ceria Popstar musim ini kembali dengan pengisian lebih mantap dengan penampilan 10 finalis terbaik yang akan berentap merebut gelaran juara.
Selain Stacy, dua lagi selebriti yang terpilih untuk menyumbangkan khidmat dan kepakaran masing-masing iaitu Hazama dan Ronnie (Hyper Act).
Menarik lagi, empat juri dipertanggungjawab menilai persembahan peserta terdiri daripada Johan Raja Lawak sebagai juri tetap digandingkan dengan dua lagi juri tetap yang masih dikekalkan iaitu Datuk AC Mizal dan Zizan Razak.
Masih menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos, Ceria Popstar akan bersiaran mulai 1 Mei ini di Astro Ceria (saluran 611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

0 Response to "'Saya Perempuan Dan Tahu Batas Saya.' - STACY"
Catat Ulasan