PUTRI MARDIANA DI KELUARKAN WARAN TANGKAP MAHKAMAH !!

Putri Mardiana sebelum ini merasa terkejut dan memberi seribu satu alasan apabila beliau dikenakan waran tangkap kerana gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah buat kali kedua untuk perbicaraan kes khalwat beliau bersama kekasihnya Ejump.


Khalwat: Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana
Kali ini, beliau tidak boleh lari lagi selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan Ejump kerana masih lagi berdegil dan tidak hadir pada sebutan kes khalwat mereka.


Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.


Keputusan tersebut dibuat oleh hakim selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIS yang ditugaskan untuk melaksanakan waran tangkap sebelum ini telah gagal dalam tanggungjawab yang diberi.



Pada masa yang sama, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap penjamin Putri Mardiana yang seharusnya hadir pada sebutan kes berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Putri Mardiana dan Ejump mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah kediaman di C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi tanggal 14 Disember 2014. Mereka kemudiannya, dibebaskan dengan ikat jamin RM 1,500 setiap seorang.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sudah beribu kali Putri Mardiana mengaku beliau tidak bersalah tetapi akhirnya tetap lari daripada menghadapi kebenaran. Apa lagi alasan beliau akan ciptakan untuk tidak hadir pada sebutan kes kali ini?

0 Response to "PUTRI MARDIANA DI KELUARKAN WARAN TANGKAP MAHKAMAH !!"

Catat Ulasan