"Bukan kerana takut bini saya tak melepak"


Sedikit coretan utk si suami

Bagaimana saya kurangkan waktu lepak dan waktu "bersendirian saya"

Saya berkahwin di usia 24tahun, waktu tu darah muda masih meninggi, nak keluar malam dan mahu melepak.

Di awal perkahwinan, saya tidak keluar kerana masih lagi bunga2 cinta so klau, tinggal seminit pon dah rindu. Hehe.

Sebulan kemudian , isteri di sahkan mengandung dan yg paling dasyat, dia mengalami alahan yg teruk, dah serupa kain buruk isteri masa tu, lembik dan lemah, makan dan muntah ja kerjanya, maka sebagai suami itu amanah saya, saya tak dapat tolong muntahkan utk dia tapi saya dapt tolong urutkan kepala utk melegakan kesakitan. Saat tu saya dah tak sanggup keluar malam.

Habis trimester 2 isteri mula cergas! Perniagaan beliau mula berjalan laju.. Saya masa tu photographer bebas, job dari Perlis sehingga ke Johor masa tu. Tapi kesian tgk isteri yg makin memboyot. Tulis kertas parcel, hantar barang ke poslaju senget2 badan. Pergi ambik stock, maka saya diam2 ambik keptusan slow kan perniagaan dan support isteri. Saat tu saya dah tak sanggup lepak lama2 tanpa isteri.

Sehingga satu saat isteri cakap, " b, kita ni good team, u pun banyak idea and boleh handle production very well. U stop la jadi photographer" . Pendapatan menjadi seorang photographer agak tinggi dan pada waktu tu rezeki saya agak murah selepas kami tubuhkan Raffelinna Photography. Fikir punya fikir saya setuju dengan isteri dan korbankan minat saya dan masa lepak saya .

Kami bekerja dalam keadaan yg sgt harmoni, hormati satu sama lain dan masing2 buat pengorbanan besar utk sebuah kejayaan, isteri walau tgh membesar dan x berapa sihat tapi semangat dia , fuhh lain macam, dia boleh settlekan berpuluh atau beratus customer dan seorang diri, dan semua org mesti beli! Malam2 saya tgk dia penat sgt, saya tak sanggup nak keluar malam.

Sekarang ada anak, kejayaan demi kejayaan kami capai, saya akui saya penat. Isteri dah kurang masa di office, saya banyak uruskan perniagaan. Tapi saya tetap tidak mahu keluar melepak, balik rumah saya tgk isteri muka pun penat, saya tahu walau dia tak kerja seperti dulu tapi kerja di rumah jugak penat, tambahan lagi isteri mmg bukan yg otak nya boleh berhenti berfikir. Saya dan dia banyak berkongsi perkara sama2, banyak memberi pendapat utk bidang masing2 dan dia masih mengharapkan sy utk banyak perkara. Bayangkan henpon dia pon sy yg charge malam2, punya la manja. Macamna saya nak keluar lepak tanpa dia ? Hahah

Sebenarnya dalam semua isu di atas, sy tak keluar adalah lebih kepada rasa tanggungjawab saya sbg suami, saya rasa dah cukup masa 24tahun sy single dan saya terfikir, jika isteri sanggup berpindah ikut saya ke kampung, tiada kawan, tiada saudara, buang cara hidup beliau yg lama dan masuk ke hidup saya berusaha menjaga hati ke 2 ibu bapa saya,menjadi isteri saya yg tidak melepak. Kenapa saya perlu melepak?

Juga bukan kerana takut bini, tapi respect! Kalau saya keluar dan dia marah, sy tak takut. Tapi saya akan sedih. Jadi itu bukan takut bini. Tapi sedih bini. Erk? Hahaha

Kejayaan juga datang dari redha isteri, bukan hanya suami, doa isteri , kata2 isteri, support isteri. Saya selalu fikir, di mana aku sekarang tanpa anak isteri ? Semestinya doa ibu bapa dan isteri.

Nasihat ini bukan nak kata saya sempurna, jauh lagi dari sempurna, bukan lsg tak lepak, tapi kalau nak lepak hingga 2 -3 pagi saya pilih utk ajak kawan ke rumah. Kawan kawan yang belum kahwin tu ok la kan, ataupon kawan kawan yang anak2 dah besar panjang. Boleh jadi hero dah pon kat rumah, dulu masa anak dia kecik. Dia pon x melepak jugak..

kalau petang2 habis kerja saya keluar juga jmpa kawan lepas stress kata org. Tapi malam saya kesian nak tinggal isteri dan anak2.

Bahaya juga mereka tinggal tanpa saya walaupun ada bibik dirumah.

Dan lepak dan TT utk perbincangan ilmiah adalah dua perkara berbeza.

Dan lepak sekali sekala, seminggu 2 kali ke. Ok la kot. Setiap hari? Memang remuk hati orang di rumah. Hukhukhuk.

Untuk capai kejayaan, ada sesuatu yang kita perlu korbankan.
Ok itu sahaja. Sekian.

0 Response to ""Bukan kerana takut bini saya tak melepak""

Catat Ulasan