Alvin Tan Menghina Agama Islam Bakal Jadi Buruan IS



Blogger seks, Alvin Tan yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat kini dilihat sebagai sasaran mudah bagi Islamic State (IS) yang begitu giat membunuh mereka yang menghina agama Islam diserata dunia.

Operasi mereka tidak terhad hanya di Syria dan Iraq, tetapi sejak akhir-akhir ini dilihat meluaskan operasi mereka diluar negara Teluk berkenaan.



Tindakan Alvin yang mencacah tatu kalimah Allah di belakang peha beliau kini sedang menjadi viral dilaman-laman sosial samada menerusi Facebook mahupun aplikasi whatsapp. Ini menjadikan Alvin begitu terdedah untuk dihapuskan oleh militan IS yang sentiasa bergerak keserata dunia.

Masakan tidak, militan IS menjadikan laman sosial Facebook sebagai medan mereka menyampaikan propaganda kepada mereka yang menghina ajaran Islam secara terbuka. Ini termasuk mereka yang mengamalkan ajaran Syiah samada di Syria, Iraq mahupun di segenap pelusuk dunia.



Kini terserah kepada Alvin samada beliau mahu menyembunyikan diri sekali lagi atau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

0 Response to "Alvin Tan Menghina Agama Islam Bakal Jadi Buruan IS"

Catat Ulasan