"Allah Kalau nak bagi, tetap dia akan bagi"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Aizul Marcello. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit manfaat kepada para pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat. Baca lagi:



Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap!

Status ni buat pasangan suami isteri yang masih belum mempunyai cahaya mata.

Kadang-kadang kita slalu mengeluh, si A ni kawen, tak sampai sebulan, eh terus melekat. Bunting pelamin laa tu. Bini dia subur, laki dia subur, bla bla bla. Kami ni dah lama kawen, honeymoon sana sinun, urut sengkak naikkan rahim segala, yang suami pon tak kurang hebat, pon berurut batin jugak, , dah follow jadual kesuburan ikut doktor cakap, bersama almost everyday, bertukar dari pakai spender ke pakai boxer kononnya nnt tahap kesuburan kurang, hmmm nampk gayanya xda lagik bayang cahaya mata.

Pernah dengar kan? Kadang-kadang sampai naik segan dengan mak ayah sedara mara bila balik kampung. Tanya mengalahkan reporter, bila kita nak dapat cahaya mata. Maka bermulalah sesi tazkirah tak berilmiah, pergi laa urut sana, pergi la berurut sini, makan la jamu tu, makan la jamu ni. Sampai tekak pon naik loya dek makan jamu ntah hapa-hapa kemahin banyak.

Mulut orang.. Buat apa kita nak peduli. Diorang bukan tau pon apa yang kita hadap hari-hari laki bini. Diorang bukan pernah tido bawah ketiak suami pon. Percayalah, percaturan Allah tu sangat tepat, tak lambat sesaat, tak cepat sesaat. On d rite time dia akan bagi.

Cuba tanya diri kita sndri, adakah kita betul-betul paham hati budi suami/isteri kita sekarang? Kadang2 allah bagi masa untuk kita dalami n paham cukup2 perangai pasangan kita. Kang bila da terberanak, takda laa satu pihak je yang jaga anak. Jaga anak ni tak semudah jaga anak tekak kita ye. Kene laki bini sepahaman. Baru membesar elok sehat anak2 tu. Or maybe, allah nak bagi kita masa puas2 bercintan cintun dengan pasangan kita. Sok bini da bersalin, almost 24hours isteri dengan anak sebab melekap nak nyusu. Yang kita ni suami terkapai2 kesepian di bucu katil. Kehkehkeh. So time berdua blom ada anak ni la masa yang sesuai untuk korang berdating, berhoneymoon, or maybe menyusu puas-puas hahahaha.

Allah tahu, maybe financial kita tak cukup kuat untuk tanggung satu nyawa yang bakal keluar nnt. Deyyy, ingt murah, drypers, susu s26, makan pakai minum segala semua? So biar kita betul2 kukuh financial, insyaallah time tu laa berkemungkinan kita akan dapat apa yang kita nak selama ni.

Biar 10 tahun menunggu skalipun, klau dah ditakdirkan rezeki kita dapat anak time tu, redha sahaja. Sebab allah tak pernah silap, xpernah lupa, dan sangat sayaaaang hambanya yang bersabar.

Yang makcik2, pakcik2, kakak2, ipar duai, kawan2 pon, plz jaga sensitiviti...bukan sume orang macam awak kak, kawen2 je terus melekat..jaga mulut nih..hal anak2 nih terlalu senstive utk tanya...kalau prasan, if tanya je pasal anak, mesti berubah muka pasangan yang da lama kawen tuh. Yes tak salah nak bercerita, tapi, berlapik2 bila bertanya. dan tak salah pon nak try mcm2 cara, tapi beringat, if Allah nak bagi, tetap dia akan bagi. untuk dapatkan anak nih tak semudah kita lukis kartoon pakai kaler crayon, then warnakan pakai kaler luna, kalau semudah itu, boleh kita lukis 4-5 orang kartoon, 3 orang kita bagi kat awak, 2 orang kita amik..tak semudah itu macammmmm... perlukan macam-macam pengorbanan, kesabaran dan penelitian.

Dapat anak, tak dipengaruhi betapa banyak dan pekatnya sperma abang2 semua ye, tapi dipengaruhi betapa dalamnya cinta korang pada pasangan. dapat anak juga tak diperngaruhi oleh berapa ratus skill yang abang2 praktikkan ye, tapi dipengaruhi oleh betapa infiniti kasih sayang korang terhadap pasangan masing2. Buat laa skill tergolek dok sekali pon, hatta patah riuk katil skalipon, kalau Allah kata blom tiba masa, buat penat je korang bergelumang..kikikiki. tapi tak salah kalau nak cuba dan ikhtiar.Keep praying, jangan pernah putus asa, pekakkan telinga bila orang cakap itu ini.

Tahun ni sahaja, sekali dua orang cahaya mata kitorg dapat. Sorang bayi lelaki handsome soleh andheqa indrawan ( merdeka boy ), dan sorang lagi bayi perempuan rupawan solehah aqiesha iexara (nuzul quran qirl ). Nak sangat baby, hambek, sekali dua allah bagi sekelip mata. Nah! Jgn sesekali pertikaikan apa yang Allah bagi. bersilat pepagi nak siapkan diorang. yang si mommy siapkan kakak, yang si daddy siapkan abang. dua2 ada cabaran. so kat sini yang perlukan kesepahaman yang tinggi.. masing2 kena sabar ok.. :) pejam celik pejam celik, si Abang dheqa dah setahun da umur, dan si adik xaara dah 2 bulan dah..eh, kejap sungguh...jeng3x... :)

Nampak kan? Betapa sayangnya allah pada kita??


jangan pernah berputus harap. kalau di dunia ditakdirkan kita tidak punya cahaya mata, percayalah, ada sesuatu yang indah menanti di Syurga Allah nanti. keep praying! kalau rasa terkesan dengan status nih, print molek2, liminate dan tampak kat workspace, ruang tamu or mana2 tmpt korang. baca banyk kali, dan tolong doakan semuaaa pasangan di dunia nih mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. ameen.

0 Response to ""Allah Kalau nak bagi, tetap dia akan bagi""

Catat Ulasan