"12 Koleksi" Foto Maternity Shoot Isteri-Isteri Ashraf Muslim Yang Comel



Perkhabaran yang isteri pertama kepada aktor dan penerbit Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman, 28, sedang hamil anak sulung mereka, hati Murai Batu berbunga riang. Mana taknya, Murai Batu memang suka dengan keluarga Ashraf ni.

Kerukunan rumah tangga yang ditunjukkan oleh Ashraf harus menjadi contoh kepada para lelaki yang berkahwin lebih dari satu. Selepas empat tahun menanti, Ashraf dan Dayana bakal menimang cahaya mata. Kini kandungan Dayana sudah memasuki usia empat bulan.

Pada masa yang sama, isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, juga sedang hamil anak kedua mereka. Usia kehamilan Wan Sakinah telah memasuki lapan bulan. Sebelum ini, Ashraf dan Wan Sakinah telah dikurniakan cahaya mata bernama Sarah Ashraf yang berusia setahun.

Baru-baru ini, Ashraf bersama dengan isteri-isteri dan anaknya telah mengadakan sesi fotografi yang bertemakan ‘maternity studio’ bersama dengan The Photolicious.

Sejuk mata Murai Batu memandang foto-foto comel kedua-dua isteri Ashraf yang sedang sarat mengandung. Mereka kelihatan sungguh gembira bersama-sama. Murai Batu pun tumpang happy sekali melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Dayana dan Wan Sakinah.

Mari kita layan gambar-gambar di sekitar sesi fotografi tersebut:






















Penyampai Warna: Mendoakan agar rumah tangga Ashraf Muslim bersama kedua-dua isterinya sentiasa harmoni.

0 Response to ""12 Koleksi" Foto Maternity Shoot Isteri-Isteri Ashraf Muslim Yang Comel"

Catat Ulasan